Ni ha wani nak kongsi nota ringkas subjek chemist..hope you like it..
BAB 4;JADUAL BERKALA UNSUR
SUMBANGAN AHLI SAINS DALAM SEJARAH PERKEMBANGAN JADUAL BERKALA
ANTOINE LAVOISIER
- Bahan dikelaskan kpd 4 kumpulan dengan sifat kimia same.
J.W DOBEREINER
- bahan disusun dlm kumpulan yg ade 3 unsur dengan sifat kimia serupa.
- kumpulan unsur dengan sifat kimia same-Triad.
- sistem Triad terhad kpd beberapa unsur sahaja.
JOHN NEWLANDS
- unsur disusun mengikut pertambahan jisim atom.
- Hukum Oktaf-sifat same berulang pd setiap unsur kelapan.
- sistem ni x tepat kerana ada unsur dengan nombor jisim salah.
LOTHAR MEYER
- isipadu atom=jisim 1 mol(g)/ketumpatan(gcm-3)
- memplotkan graf isipadu atom melawan jisim atom.
- mendapati unsur dengan sifat kimia sama menduduki tempat setara dalam lengkungan.
MENDELEEV
- unsur disusun mengikut pertambahan jisim atom.
- unsur dengan sifat kimia same berada dalam kumpulan same.
- ruang kosong disediakan untuk unsur yg belum ditemui.
- penyumbang kpd pembentukan jadual berkala moden.
HENRY MOSELEY
- unsur dikelaskan berdasarkan konsep nombor proton dan menyusun unsur-unsur mengikut turutan nombor proton menaik.
- penyumbang kpd pembentukan jadual berkala moden.
- wanihusnakimia.blogspot.com